Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah
ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi
pelajar cemerlang:
- Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.
Bertindaklah dengan cemerlang.
- Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar
kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
- Semua orang mahu berjaya tetapi
cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan
emosi.
- Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu
apa yang kita lihat. \
- Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
- Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu
atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan
yang luar biasa.
- Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara
positif.
- Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri
kita.
- Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita
akan berubah seiringan dengan perubahan kita.Setiap masalah berpunca
daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
- Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita.
Sekadar menanti untuk diserlahkan.
- Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa
menghasilkan prestasi luar biasa.
- Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang
kehidupan anda akan cemerlang.
- Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas +
Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
- Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif
secara berterusan.
- Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua
kesalahan berulang kali.
No comments:
Post a Comment