NOTA
PENJODOH BILANGAN
Deret, Ekor, Gelas
( a ) Deret
Digunakan untuk : Bangunan dan kenderaan yang berderet-deret.
Contoh : gerai, kedai, rumah, lori, motosikal.
Ayat : Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang.
Digunakan untuk : Bangunan dan kenderaan yang berderet-deret.
Contoh : gerai, kedai, rumah, lori, motosikal.
Ayat : Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang.
-----------------------------------------------------------------------------------
(b) Ekor
Digunakan untuk : Semua jenis haiwan.
Contoh :
ayam, lembu, gajah, unta, zirafah.
Ayat
: Haji Husin memelihara dua ekor kucing Parsi.
--------------------------------------------------------------------------------
( c ) Gelas
Digunakan untuk : Cecair yang diisikan ke dalam gelas.
Contoh :
air kelapa, teh, susu, kacang soya.
Ayat
: Fakaruddin membeli dua gelas air kacang soya di
pasar
malam.
Bungkus, Butir, Cucuk
( d ) Bungkus
Digunakan untuk : Kumpulan benda yang dibalut.
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan.
Ayat : Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk
dibawa ke pejabat.
Digunakan untuk : Kumpulan benda yang dibalut.
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan.
Ayat : Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk
dibawa ke pejabat.
----------------------------------------------------------------------------
( e ) Butir
Digunakan untuk : Benda yang kecil dan bulat
Contoh :
peluru, beras, bawang, kelapa.
Ayat
: Siti mengupas lima butir bawang merah.
-------------------------------------------------------------------------
( f ) Cucuk
Digunakan untuk : Benda yang dicucuk dengan lidi.
Contoh :
sate, ayam percik.
Ayat
: Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan
daging
lembu.
BOTOL, BUAH, BUKU
( g ) Botol
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol.
Contoh : air, dakwat, minuman, kicap, minyak
Ayat : Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi
ketika berada di luar negara.
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol.
Contoh : air, dakwat, minuman, kicap, minyak
Ayat : Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi
ketika berada di luar negara.
-------------------------------------------------------------------------------
( h ) Buah
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan, dan
semua jenis kenderaan.
Contoh :
dusun, songkok, almari, lori.
Ayat
: Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori
tiba-tiba
berhenti di hadapan
rumahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kata Nama Am
Kata Nama Am
digunakan bagi merujuk kepada benda, orang, tempat, jawatan atau pangkat.
Kata Nama Am
|
Contoh
|
Contoh Ayat
|
Benda
|
kereta, televisyen, buku, komputer
|
1.Saya ada sebuah komputer.
2. Kereta itu bergerak
laju.
|
Orang/manusia
|
Doktor, peguam, penulis, arkitek
|
1.Peguam itu bijak.
2.Dia arkitek.
|
Haiwan
|
Kucing, harimau, naga, kuda
|
1.Kuda berlari pantas.
2.Itu kucing saya.
|
Tempat
|
Kampung, padang, dewan, bandar
|
1.Kampung itu terletak
jauh
dari sini.
2.Dewan itu besar.
|
Kata Nama Khas
Kata Nama Khas
digunakan untuk menerangkan benda yang benyawa dan tidak bernyawa.
Contoh-contohnya nama manusia, binatang, benda, tempat dan lain-lain.
Kata Nama Khas
|
Contoh
|
Contoh Ayat
|
Benda
|
Proton waja, Parker, Casio, Toyota
|
1.Jam Casio itu cantik.
2. Proton Waja kereta
buatan
negara kita.
|
Orang/manusia
|
Jefri, Amin, Mak Cik Limah, Pak Malau
|
1.Pak Malau menghalau
lembu.
2.Amin seorang guru.
|
Haiwan
|
Si Tompok, Sang Belang, Si Putih
|
1.Si Tompok mengejar
tikus.
2.Sang Belang sangat
garang.
|
Tempat
|
Malaysia, Johor, Kuala Lumpur
|
1.Ibu negara Malaysia ialah
Kuala Lumpur.
2.Saya berasal dari Johor.
|
__________________________________________
TANDA BACA
Tanda Baca
|
Ayat Contoh
|
Tanda noktah
. |
a. Pengawas itu sedang menaikkan
bendera Malaysia.
b. kereta itu bukan kereta Proton Saga. c. Kapal itu berlabuh di Pelabuhan. |
Tanda Koma
, |
a. Setiba di Zoo Negara, ayah pun
pergi membeli tiket.
b. Selain mengumpulkan setem, lencana, dan daun-daun kering, Amin juga bermain badminton pada waktu lapang. c.Setahun saya, bas itu belum tiba lagi. |
Tanda soal
? |
a. Bagimanakah mereka
menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu?
b. Sudahkah abang kamu menghabiskan kerjanya? c. Siapakah yang menemaninya tadi? |
Tanda seru
! |
a. Amboi, wanginya durian-durian
ini!
b. Aduh, sakitnya gigi saya! c. Cis, biadab betul budak itu! |
Tanda sempang
- |
a. Sayur-sayuran itu dimasukannya
ke dalam bakul.
b. Anak Puan Siti pandai-pandai belaka. c. Pakaian pengemis compang-compang. |
Tanda petik
"" |
a."Cikgu Tan akan bersara
pada bulan depan," kata guru besar.
b. Wai Seng bertanya, "Bolehkah saya pinjam buku ini?" c. "Baiklah, cikgu," kata Ahmad. |
Huruf Besar
|
a. Orang tua itu tinggal di Taman
Indah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
b. Pen Parker ini dibelinya dari Kerai Jam Tangan Megah pada bulan Ogos yang lalu. c. Dewan Pelajar merupakan majalah yang sangat sesuai bagi kanak-kanak. |
Ini amat berguna kepada anak saya untuk belajar kata nama.
ReplyDeleteNota yang disediakan adalah sesuai dan amat berguna untuk anak murid.
ReplyDeleteNota diatas banyak memberi manfaat kepada saya
ReplyDelete