Saturday, December 15, 2012

KARANGAN - CERITA - KEBAKARAN RUMAH JIRAN


KARANGAN JENIS CERITA

Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!. Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan.

KEBAKARAN RUMAH JIRAN

Pada suatu petang, saya, Cethlyne, Anjjley, dan Julaini sedang bermain bola tampar di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian.
Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kamu telah berlari kearah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat.
Semantara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar.
Sejurus, kemudian pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar.
Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan.
Keluarga Sweetha telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.


5 comments:

  1. Karangan ini amat sesuai dengan tahap murid sekolah rendah, membolehkan murid memahami cara menulis karangan jenis cerita. Berdasarkan karangan saudari membolehkan saya mendapat idea cara-cara untuk menulis karangan berbentuk cerita yang paling mudah untuk anak murid pemulihan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. cikgu,karangan untuk murid sekolah menengah tak ada ke

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete