1. Bagai kaca terhempas ke batu
Perasaan hati yang remuk redam kerana terlalu
kecewa
2. Seperti kacang lupakan kulit
Tidak tahu mengenang budi
3. Bagai kacang direbus
Meloncat-loncat kerana kesukaan
4.Seperti kaduk naik junjung
Orang yang susah akan mengada-ngada apabila
mendapat pertolongan
5.Bagai kambing berulat
Perangai tidak senonoh
6.Bagai kambing dalam biduk
Dalam ketakutan
7.Seperti kambing dengan harimau
Orang yang lemah bertanding dengan yang kuat
8. Seperti kambing dikuliti hidup-hidup
Kesakitan yang amat sangat
9.Seperti kambing dimandikan pagi
Orang yang sangat malas untuk membuat sesuatu
perkerjaan
10. Bagai kambing diseret ke air
Memaksa seseorang itu melakukan sesuatu
perkara yang tidak disukainya
No comments:
Post a Comment