1. Bagai tanduk bersendi
gading
Dua benda atau orang yang amat bersesuaian jika
disatukan
akan menjadi padan yang cantik.
2. Seperti tebu di mulut gajah
Sesuatu yang digemari dan apabila dapat atau
dimiliki
tidak akan dilepaskan lagi.
3. Seperti tebuan di dalam tukul.
Percakapan yang kurang jelas.
4. Seperti air di dalam talam
Dalam keadaan santosa.
5. Bagai telur di hujung tanduk.
Dalam keadaan yang amat genting ,silap sedikit
membuat
Perhitungan boleh menjadi binasa.
6. Seperti tempayan tertiarap di atas air
Perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut
nasihat pula.
7. Bagai tali berlembar empat
Buah fikiran yang dibincang oleh empat orang.
8. Bagai tanah pelempar balam
Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.
9. Bagai tikus jatuh ke beras
Orang yang memperoleh kekayaan akan merahsiakan
bagaimana kekayaan itu diperolehinya.
10.Bagai tikus membaiki labu
Orang yang tidak mahir dalam membaiki sesuatu
benda,
jika dicuba membaikinya benda itu akan rosak
Penerangan maksud peribahasa yang jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.
ReplyDelete