1. Seperti ikan di dalam belat
Keadaan sesuatu tempat yang terlalu sesak
2. Bagai ikan diulak jamban
Anak yang membesar dengan rezeki yang haram
3.Seperti ikan kena tuba
Penduduk di sesuatu tempat mendapat bencana
atau
kemalangan secara beramai-ramai.
4. Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang yang berdagang atau merantau telah
pulang ke tempat asalnya
5. Bagai isi dengan kuku
Perhubungan yang sangat intim atau erat, tidak
boleh dipisahkan
6.Seperti itik berebut tembok
Perbalahan kerana sebab yang kecil
7. Seperti itik mendapat air
Terlalu gembira mendapat sesuatu benda yang
diidamkan
8. Seperti itik mendengar Guntur
Mengharap keuntungan yang belum tentu
9. Bagai itik pulang petang
Berjalan dalam keadaan berlenggang-lenggok dan
perlahan.
No comments:
Post a Comment