Karangan jenis berita
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan
Bagaimana?
3. Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan
menjadi persoalan berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan
perlu letakkan waktu’
1. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan
“belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum
sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan
urutan perkembangannya.
3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan
tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : DUNGUN, 28 Julai -
Tulis secara ringkas tentang saripati
peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku.
(Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu
perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih
‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan
satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang
pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita
anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan
sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat
beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki
kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat
nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta
memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis
telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya.
Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan
tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu
dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang
telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat
serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan
dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa
plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari
seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk
memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya
mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.
thanks for your sharing.Keep it up
ReplyDelete