KERTAS KONSEP
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0
Pengenalan
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej
secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan
merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara
bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan
kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti
dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato
adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan
hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan
kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
1.1 Objektif Pertandingan
1.1.1 Membina keyakinan
diri.
1.1.2 Meluaskan
pengetahuan.
1.1.3 Memantapkan
kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4 Memupuk semangat
patriotisme.
1.1.5 Menjana daya
saing secara positif.
2.0 Peserta
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada
murid-murid tahap 2 sekolah rendah bantuan kerajaan.
3.0 Peringkat Pertandingan
Pertandingan ini akan
dijalankan dalam beberapa peringkat :-
3.1 Peringkat Daerah
3.1.1 Semua Pejabat Pendidikan
Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.
3.1.2 Seorang peserta terbaik
hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.
3.2 Peringkat Negeri
3.2.1 Pertandingan di peringkat
ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
3.2.2 Satu jawatankuasa
pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
3.2.3 Seorang peserta terbaik
hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
3.2.4 Jawatankuasa pertandingan
peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan
seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
3.3 Peringkat Kebangsaan
3.3.1 Pertandingan di peringkat
ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
3.3.2 Seorang peserta dari
setiap negeri (seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah
rendah) akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat
kebangsaan.
3.3.3 Setiap peserta hendaklah
diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring.
4.0 Format Pertandingan
Pertandingan
dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam
kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua
peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.
4.1 Bahagian Pertama
Peserta
akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh
jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.
4.2 Bahagian
Kedua
Peserta
akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang
ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki memilih tajuk di
dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim. Pertandingan pidato secara
spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian
pertama . Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas pidato
tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi
dan alat elektronik.
4.3 Syarat-syarat Pertandingan
4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5 minit)
untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.
4.3.2 Loceng akan dibunyikan
sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap
kategori dan bahagian pertandingan.
4.3.3 Penyampaian pidato
selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
4.3.4 Sebarang kritikan
terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau
terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
4.3.5 Penggunaan bahasa atau
tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
4.3.6 Peserta yang membaca nota
atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan
tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan
peringkat pertandingan.
4.3.7 Peserta pidato
dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah / blazer / pakaian kebangsaan.
4.3.8 Pengerusi majlis berhak
menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
4.4 Pemilihan Tajuk
4.4.1 Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa
setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian
Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar
dalam media massa negara.
4.4.2 Peringkat
Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
4.4.2.1 Tajuk
pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.2 Tajuk
pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta negeri sebaik sahaja semua
keputusan peringkat negeri diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.3 Tajuk
pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara undian oleh
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.4.2.4 Enam
belas peserta setiap negeri dalam pertandingan
peringkat separuh akhir kebangsaan dibahagi kepada dua kumpulan. Tiga peserta
terbaik setiap kumpulan dipilih untuk ke
pertandingan akhir peringkat kebangsaan.
4.5 Peraturan Pemarkahan
4.5.1 Pembahagian
Markah Pidato Bahagian Pertama
4.5.1.1
Idea / Isi ( 30 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah
bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi
tepat – 2 markah
Huraian
– 4 markah
Data
/ contoh – 3 markah
Markah
penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3
markah takrifan tajuk = 30 markah).
4.5.1.2
Bahasa ( 20 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan),
gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.5.1.3
Penyampaian dan Persembahan ( 50
markah )
4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan
akan menjejaskan markah persembahan)
4.5.1.3.4 Peserta pidato WAJIB memberikan
salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan
dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata
yang kurang sopan.
4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)
4.5.2.1 Isi
( 40 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi pengutaraan
dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan
jelas.
Panduan
Pemarkahan
Idea
/ isi – 5 markah
Huraian
– 10 markah
Data
/ contoh – 4 markah
Markah
penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2
markah takrifan tajuk = 40 markah).
4.5.2.2
Bahasa ( 30 markah )
Peserta
pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan
sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.
4.5.2.3
Penyampaian dan Persembahan ( 30
markah )
4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara
yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan
dan akan menjejaskan markah persembahan)
4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan
sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.
4.6 Panduan Kepada Panel
Hakim
4.6.1 Peserta pidato setiap
bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim
tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
4.6.2 Panel hakim diingatkan
agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang.
4.6.3 Panel hakim perlu membuat
keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.
4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5.0. Tarikh Pertandingan
5.1 Peringkat Daerah :
5.2 Peringkat Negeri :
5.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
5.4 Peringkat
Akhir Kebangsaan :
Tem :
6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan
Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.
Jawatankuasa
pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan
wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa,
7.0 7.0 AM
Sebarang pindaan
adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran
Malaysia
No comments:
Post a Comment