KARANGAN JENIS
GAMBARAN ATAU SUASANA
Suasana sambutan Hari Guru disambut meriah di
setiap sekolah. Tuliskan sebuah karangan tentangnya.
SAMBUTAN HARI GURU
Pada tanggal 16 Mei
setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru
diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi
diraikan dengan meriah.
Acara sambutan akan
dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti
perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah Pelajaran
Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.
Persembahan guru-guru
menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi,
ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat
yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.
Acara sukan juga
diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang
dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling.
Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai
ragam dapat disaksikan.
Selepas acara
permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari
ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang
dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.
Acara terakhir adalah
jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang
sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan
penuh dedikasi.
Kepala bana ko,ko ingat bagus ah tulis-tulis macam ni.bodoh cibai pantat
ReplyDelete