KARANGAN JENIS PERBAHASAN
Kamu akan
menyertai pertandiangan perbahasan yang bertajuk, “Iklan di televisyen banyak
membawa keburukan kepada kanak-kanak”. Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk
tersebut.
Salam sejatera tuan pengerusi majlis,
para hakim yang bijaksana,barisan pembangkang dan hadirin sekalian. Saya bagi
pihak pencadang tetap menyokong tajuk ini. Iklan yang disiarkan di televisyen
banyak membawa keburukkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak masih tidak dapat
membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mereka akan mengikut apa sahaja yang
mereka lihat.
Hadirin yang dihormati, Iklan yang
disiarkan melalui televisyen, biasanya tertumpu kepada barang-barang yang
digemari oleh kanak-kanak seperti makanan ringan. Hal ini, akan merosakkan
pemikiran kanak-kanak.
Pihak pengiklan tidak terfikir
kesan-kesan buruk kepada kanak-kanak. Mereka hanya berusaha dengan
berbagai-bagai cara untuk memikat hati penonton sahaja. Iklan yang disiarkan di
televisyen tidak mengandungi sebarang unsur pendidikan kepada kanak-kanak.
Iklan-Iklan itu selalu mengalakkan kanak-kanak melakukan pembaziran.
Perkara ini akan mendatangkan kesusahan
kepada ibu bapa. Barisan pembangkang yang dimuliakan, Oleh itu, saya ingin
menegaskan sekali lagi, iklan yang disiarkan di televisyen lebih banyak
mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak.
Sekian,terima kasih.