Monday, December 17, 2012

KARANGAN - PERBAHASAN - IKLAN


KARANGAN JENIS PERBAHASAN


Kamu akan menyertai pertandiangan perbahasan yang bertajuk, “Iklan di televisyen banyak membawa keburukan kepada kanak-kanak”. Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk tersebut.

Salam sejatera tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana,barisan pembangkang dan hadirin sekalian. Saya bagi pihak pencadang tetap menyokong tajuk ini. Iklan yang disiarkan di televisyen banyak membawa keburukkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak masih tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mereka akan mengikut apa sahaja yang mereka lihat.
Hadirin yang dihormati, Iklan yang disiarkan melalui televisyen, biasanya tertumpu kepada barang-barang yang digemari oleh kanak-kanak seperti makanan ringan. Hal ini, akan merosakkan pemikiran kanak-kanak.
Pihak pengiklan tidak terfikir kesan-kesan buruk kepada kanak-kanak. Mereka hanya berusaha dengan berbagai-bagai cara untuk memikat hati penonton sahaja. Iklan yang disiarkan di televisyen tidak mengandungi sebarang unsur pendidikan kepada kanak-kanak. Iklan-Iklan itu selalu mengalakkan kanak-kanak melakukan pembaziran.
Perkara ini akan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa. Barisan pembangkang yang dimuliakan, Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi, iklan yang disiarkan di televisyen lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak.
Sekian,terima kasih.


Saturday, December 15, 2012

KARANGAN - CERITA - KEBAKARAN RUMAH JIRAN


KARANGAN JENIS CERITA

Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!. Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan.

KEBAKARAN RUMAH JIRAN

Pada suatu petang, saya, Cethlyne, Anjjley, dan Julaini sedang bermain bola tampar di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian.
Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kamu telah berlari kearah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat.
Semantara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar.
Sejurus, kemudian pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar.
Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan.
Keluarga Sweetha telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.


Friday, December 14, 2012

PERIBAHASA - KATA-KATA HIKMAT


1. Bersekutu Bertambah Mutu
Erti: Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Erti: Perpaduan akan menjadikan kita kuat, manakala perpecahan akan
melemahkan kita.

3. Jimat Cermat Membawa Berkat
Erti: Sikap berjimat akan mendatangkan faedah.

4. Masa Itu Emas
Erti: Masa itu sangat berharga.

5. Ilmu Itu Pelita Hati
Erti: Ilmu merupakan sinar yang memberi panduan pada kehidupan manusia

6. Bahasa jiwa bangsa
Erti: Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat.

7. Bertangguh itu pencuri masa
Erti: Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri sendiri.

8. Kata-kata Lebih Tajam daripada mata pedang.
Erti: Kata-kata yang pedas dapat menyinggung perasaan seseorang.

9. Membaca Jambatan Ilmu
Erti: Tabiat suka membaca dapat membantu kita menambahkan
ilmu pengetahuan.

10. Muafakat Itu Berkat
Erti: Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan
mendatangkan kebaikan.


Thursday, December 13, 2012

PERIBAHASA - U/W


1. Seperti udang kena bakar
Warna kulit yang putih menjadi kemerahan akibat kepanasan.

2. Seperti udang di kepala
Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang.

3. Bagai ular dengan orang
Dua orang yang bersaudara tetapi tidak mahu berkenalan.

4. Seperti ular kena palu
Keadaan bengkang-bengkok atau tidak lurus.

5. Seperti ular lidah bercabang
Kata-kata atau ucapan yang tidak boleh dipercayai.

6. Bagai ulat nangka terhempas ke batu.
Sikap orang tidak serik.

7. Bagai umang-umang
Orang yang suka bergaya dengan pakaian cantik,
walaupun pakaian itu bukan miliknya.

8. Bagai unta menyerah diri
Orang yang terlalu lurus dan bodoh selalu menjadi
mangsa orang yang cerdik.
9. Laksana wau melawan angin
Kehendak orang yang lebih berkuasa tidak
dapat dihalang oleh orang lemah

10. Bagai wau putus tali
Orang yang sikapnya berserah kepada nasib sahaja
kerana tidak mampu berusaha


Wednesday, December 12, 2012

PERIBAHASA - T


1. Bagai tanduk bersendi gading
Dua benda atau orang yang amat bersesuaian jika disatukan
akan menjadi padan yang cantik.

2. Seperti tebu di mulut gajah
Sesuatu yang digemari dan apabila dapat atau dimiliki
tidak akan dilepaskan lagi.

3. Seperti tebuan di dalam tukul.
Percakapan yang kurang jelas.

4. Seperti air di dalam talam
Dalam keadaan santosa.

5. Bagai telur di hujung tanduk.
Dalam keadaan yang amat genting ,silap sedikit membuat
Perhitungan boleh menjadi binasa.

6. Seperti tempayan tertiarap di atas air
Perihal orang yang bebal dan tidak mahu menurut nasihat pula.

7. Bagai tali berlembar empat
Buah fikiran yang dibincang oleh empat orang.

8. Bagai tanah pelempar balam
Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.

9. Bagai tikus jatuh ke beras
Orang yang memperoleh kekayaan akan merahsiakan
bagaimana kekayaan itu diperolehinya.

10.Bagai tikus membaiki labu
Orang yang tidak mahir dalam membaiki sesuatu benda,
jika dicuba membaikinya benda itu akan rosak



Tuesday, December 11, 2012

PERIBAHASA P/R


1.Bagai panas mengandungi hujan
Orang yang tertawa atau gembira tetapi sebenarnya dalam kesusahan.

2.Bagai pancang digoncang arus
Pendirian yang sering berubah –rubah.

3.Bagai pelanduk di cerang rimba
Gelisah kerana ketakutan.

4.Seperti pinang dibelah dua
Pasangan yang sama cantik dan sama padan.

5.Seperti pinang pulang ke tampuk
kena pada tempatnya,secocok benar.

6.Umpama pisau pada tangan kanan ,mentimun pada tangan kiri
Orang yang mempunyi kuasa dan harta kekayaan bebas melakukan
sesuatu mengikut kehendak hatinya.

7.Seperti pungguk rindukan bulan
Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dimiliknya.

8.Bagai punggur rebah
Keadaan apabila orang gemuk rebah.

9.Bagai rabut dengan api
Dua orang yang bertujuan sama di dalam satu perkara hanya
tunggu masa sahaja.

10.Bagai rambut dibelah tujuh
Bilangan yang terlalu sediki.
11. Seperti rumput di tepi jalan
Keadaan kehidupan sesorang yang melarat.

12. Seperti rusa kena tambat
Selalu dalam keluh-kesah.

13.Seperti rusa masuk kampung
Seorang yang kehilatan tercengang-cengang melihat sesuatu yang
tidak pernah dilihat sebelum ini.


Monday, December 10, 2012

PERIBAHASA - M


1. Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih

2. Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak pernah selesai

3. Bagai menarik rambut di dalam tepung
Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dengan berhati-hati

4. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang serta berwaspada

5. Bagai Mencari belalang atas akar
Pekerjaan yang mustahil untuk berhasil

6. Bagai mencencang air
Membuat sesuatu pekerjaan yang tidak berfaedah

7. Bagai menghitung bulu kambing
Membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia

8. Seperti meniup api di atas air
Pekerjaan yang tidak memberi hasil

9. Bagai menyukat belut hidup
Pekerjaan yang sia-sia

10. Bagai murai tercabut ekor
Orang perempuan yang suka bercakap banyak