Friday, November 23, 2012

KATA MAJMUK


- Berlaku apabila dua kata dasar [atau lebih ]dirangkaikan.
- Tidak boleh menerima sisipan.

JENIS KATA MAJMUK

1. RANGKAIAN KATA BEBAS
[CONTOH]
Guru besar
Kereta api
Rantai tangan
Rumah panjang
Jalan raya
Luar biasa
Kapal terbang
Kereta lembu

2. GELARAN
[CONTOH]

Raja muda
Duta besar
Perdana menteri
Penolong pendaftar
Ketua menteri
Setiausaha politik
Yang berhormat
Menteri besar

3. SIMPULAN BAHASA
[CONTOH]

Simpul mati
Pendek akal
Rabun ayam
Keras hati
Berat sebelah
Pilih kasih
Kaki bangku
Ringan tangan

4.ISTILAH KHUSUS BIDANG ILMIAH
[CONTOH]

Alat ganti
Batu arang
Kincir angin
Kuasa air
Analisis teks
Daya usaha
Garam galia
Minyak mentah
Timur laut






IMBUHAN KATA ASING - BAHASA SANSKRIT


IMBUHAN KATA ASING:
Imbuhan kata Asing : Bahasa Sanskrit

Angkasawan
Erti: Orang yang menjelajahi angkasa lepas
Contoh ayat: Empat calon angkasawan Malaysia
sedang menjalani latihan di Rusia.

Cendekiawan
Erti: Orang yang cerdik
Contoh ayat: Para cendekiawan berbincang untuk
menyelesaikan masalah antara dua buah negara itu.

Ilmuwan
Erti: Orang yang melibatkan diri dalam bidang keilmuan
Contoh ayat: Ilmuan Islam di zaman kerajaan Uthmaniyah
meninggalkan banyak karya-karya yang agung.

Rupawan
Erti: Orang yang cantik
Contoh ayat: Gadis rupawan itu anak Pak Mail.

Bangsawan
Erti: Orang yang berketurunan mulia
Contoh ayat: Raja Mariam dihormati kerana dia
berketurunan bangssawan.

Budayawan
Erti: Orang yang ahli dalam kebudayaan
Contoh ayat: Pelbagai corak songket dipamerkan
di rumah budayawan itu.


Thursday, November 22, 2012

KATA PANGGILAN


-Panggilan mengikut salasilah keluarga.

1. ADIK
- saudara lelaki/perempuan, lebih muda.

2.ABANG
- saudara lelaki lebih tua.

3.KAKAK
- saudara perempuan lebih tua.

4.ALONG
- kakak/abang yang sulung.

5.ANGAH
- kakak/abang yang tengah.

6.USU
- anak yang terakhir (bongsu).

7.IBU
- orang tua kita (perempuan).

8.BAPA
- orang tua kita (lelaki).

9.DATUK
- bapa kepada ayah dan ibu.

10.NENEK
- ibu kepada ayah dan ibu.

11. MOYANG
- bapa atau ibu kepada datuk.

12.BESAN
- hubungan antara kedua belah pihak ibu bapa yang
anak mereka berkahwin.

13. MENTUA
- ibu bapa kepada suami/isteri.

14. BIRAS
- hubungan antara bapa/ibu dengan isteri pak cik/suami mak cik.


15. CUCU
- anak kepada anak.

16. CICIT
- anak kepada cucu.

17. SEPUPU
- saudara lelaki/perempuan sedatuk dan senenek.

Wednesday, November 21, 2012

KATA PANGGILAN


- Panggilan mengikut kedudukan

1. Yang di-Pertuan Agong
- gelaran untuk ketua negara Malaysia.

2. Yang Dipertuan
- gelaran untuk raja, sultan, tuanku.

3. Yang Maha Mulia
- digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah.

4. Yang Teramat Mulia
- digunakan untuk keluarga diraja yang terdekat.

5. Yang Mulia.
- digunakan untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja,Syed, Engku, Datu.

6. Yang Amat Mulia
- digunakan untuk Undang [Luak di Negeri Sembilan].

7. Yang Amat Berbahagia
- digunakan untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan.

8. Yang Amat Berhormat
- digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Besar, Ketua Menteri.

9. Yang Berhormat Mulia
- digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, ahli dewan dan ADUN berketurunan raja.

10. Yang Berhormat
- digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, ahli dewan, ADUN.

11. Yang Berbahagia
- digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Datuk Paduka, Datin Paduka,
Datuk dan Datin [Yang bukan wakil rakyat]

12. Yang Dipertua
- digunakan untuk orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan.

13. Yang Amat Arif
- Ketua Hakim Negeri. Digunakan dalam situasi format di mahkamah.

14. Yang Arif
- digunakan untuk hakim.

15.Yang Amat Setia
- digunakan untuk Ketua Polis Negara, Ketua Turus Angkatan Tenttera Darat, Laut dan Udara.

16. Yang Setia
- digunnakan untuk Pegawai Kanan Polis, Pegawai Kanan Tentera.

17. Sahibul-al-Samahah
- digunakan untuk mufti.

18. Sahibul-ai-Fadzilah
- digunakan untuk kadi.

19. Tuan, Encik, Saudara
- digunakan untuk orang lelaki yang dihormati.

20. Puan
- digunakaan untuk orang perempuan yang sudah bersuami atau dihormati.

21.Tuan Haji
- digunakan untuk orang lelaki yang telah menunaikan fardu haji.

22. Puan Hajah
- digunakan untuk orang perempuan yang telah menunaikan fardu haji.

23. Cik
- digunaikan untuk orang perempuan yang belum berkahwin atau dihormati.

24.Saudari
- digunakan untuk orang perempuan yang dihormati.

Tuesday, November 20, 2012

Petikan Pemahaman


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!

Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!

Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi.

Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!

Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?

Samat : Tahu, baru semalam Cikgu Lina beritahu.

Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.

Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!

Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!

Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari. Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!

Chan : Kenapa? Kamu takut ke?

Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!


1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'tugas' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan
A. permainan
B. kerja
C. cerita
D. akhbar

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
A. Denda sehingga RM3 000
B. Dikenakan hukuman penjara.
C. Dihukum penjara dan denda RM3 000
D. Denda RM3 000 atau dihukum penjara


5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A. hukumannya sangat berat.
B. ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C. kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D. kita boleh dihukum penjara

Monday, November 19, 2012

BAHASA ISTANA


1. AMPUN KURNIA
- Memohon maaf.

2. ANUGERAH
- Pemberian daripada pemerintah yang tinggi nilainya.

3. BERADU
- Tidur

4. BERANGKAT
- Mula meninggalkan sesuatu tempat.

5. BERCEMAR DULI
- Digunakan pada sultan yang sudi datang ke sesuatu tempat.

6. BERKENAN
- Bersetuju dengan sesuatu perkara.

7. BERPUTERA
- Melahirkan anak.

8. BERSIRAM
- Mandi

9. BERTITAH
- Berkata, memberi perintah.

10. GERING
- Sakit, uzur.

11. KURNIA
- Belas kasihan, anugerah dan pemberian.

12. MANGKAT
- Meninggal dunia.

13. MENGHADAP
- Datang menemui raja.

14. MURKA
- Marah.

15. SANTAP
-Makan.

16. SEMAYAN
- Duduk di atas taktha.

17. TABAL
- Majlis merasmikan kemahkotaan raja.