Thursday, December 13, 2012

PERIBAHASA - U/W


1. Seperti udang kena bakar
Warna kulit yang putih menjadi kemerahan akibat kepanasan.

2. Seperti udang di kepala
Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang.

3. Bagai ular dengan orang
Dua orang yang bersaudara tetapi tidak mahu berkenalan.

4. Seperti ular kena palu
Keadaan bengkang-bengkok atau tidak lurus.

5. Seperti ular lidah bercabang
Kata-kata atau ucapan yang tidak boleh dipercayai.

6. Bagai ulat nangka terhempas ke batu.
Sikap orang tidak serik.

7. Bagai umang-umang
Orang yang suka bergaya dengan pakaian cantik,
walaupun pakaian itu bukan miliknya.

8. Bagai unta menyerah diri
Orang yang terlalu lurus dan bodoh selalu menjadi
mangsa orang yang cerdik.
9. Laksana wau melawan angin
Kehendak orang yang lebih berkuasa tidak
dapat dihalang oleh orang lemah

10. Bagai wau putus tali
Orang yang sikapnya berserah kepada nasib sahaja
kerana tidak mampu berusaha


3 comments:

  1. Semua pribahasa yang dipaparkan dalam blog Cikgu Kweh telah dibaca oleh saya. Saya amat menyukainya kerana keindahan dan lembut bahasanya.Peribahasa yang dipaparkan oleh Cikgu Kweh amat padat, ia sangat berguna untuk semua guru malah juga memanfaatkan murid. Terima kasih atas sumbangan dari Cikgu Kweh.

    ReplyDelete
  2. My kid and me like u blog ,keep it up.

    ReplyDelete