Monday, December 10, 2012

PERIBAHASA - M


1. Bagai melepaskan anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih

2. Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat sesuatu kerja tetapi tidak pernah selesai

3. Bagai menarik rambut di dalam tepung
Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dengan berhati-hati

4. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang serta berwaspada

5. Bagai Mencari belalang atas akar
Pekerjaan yang mustahil untuk berhasil

6. Bagai mencencang air
Membuat sesuatu pekerjaan yang tidak berfaedah

7. Bagai menghitung bulu kambing
Membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia

8. Seperti meniup api di atas air
Pekerjaan yang tidak memberi hasil

9. Bagai menyukat belut hidup
Pekerjaan yang sia-sia

10. Bagai murai tercabut ekor
Orang perempuan yang suka bercakap banyak


Sunday, December 9, 2012

PERIBAHASA - L



1. Seperti langit dengan bumi
Perbezaan kedudukan yang amat ketara

2. Seperti lebah kasihkan telurnya
Perasaan kasih yang amat sangat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi

3. Seperti lebah mengumpulkan madu
Orang yang rajin dan tekun berusaha, akhirnya akan terlaksana cita-citanya

4. Seperti limau masak sebelah
Hukuman yang dikenakan tidak adil

5. Seperti lipas kudung
Orang yang bergerak dalam keadaan pantas atau sibuk bekerja

6. Seperti lintah menghisap darah
Orang yang mencari keuntungan tanpa bersusah payah atau bekerja



7. . Umpama lebah, mulut dibawah madu, buntut membawa sengat
Perempuan yang mempunyai rupa paras yang sangat cantik tetapi berperangai jahat

8. Laksana lembu dikasi
Berbadan besar tetapi penakut

9. Laksana lembu dogol, tak boleh menanduk hanya menyondol
Orang yang hanya suka menggertak

10. Bagai lesung dengan antan
Dua orang yang secocok 


Saturday, December 8, 2012

PERIBAHASA - K


1. Bagai kaca terhempas ke batu
Perasaan hati yang remuk redam kerana terlalu kecewa

2. Seperti kacang lupakan kulit
Tidak tahu mengenang budi

3. Bagai kacang direbus
Meloncat-loncat kerana kesukaan

4.Seperti kaduk naik junjung
Orang yang susah akan mengada-ngada apabila mendapat pertolongan

5.Bagai kambing berulat
Perangai tidak senonoh

6.Bagai kambing dalam biduk
Dalam ketakutan

7.Seperti kambing dengan harimau
Orang yang lemah bertanding dengan yang kuat

8. Seperti kambing dikuliti hidup-hidup
Kesakitan yang amat sangat

9.Seperti kambing dimandikan pagi
Orang yang sangat malas untuk membuat sesuatu perkerjaan

10. Bagai kambing diseret ke air
Memaksa seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak disukainya


Friday, December 7, 2012

PERIBAHASA - I



1. Seperti ikan di dalam belat
Keadaan sesuatu tempat yang terlalu sesak

2. Bagai ikan diulak jamban
Anak yang membesar dengan rezeki yang haram

3.Seperti ikan kena tuba
Penduduk di sesuatu tempat mendapat bencana atau
kemalangan secara beramai-ramai.

4. Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang yang berdagang atau merantau telah pulang ke tempat asalnya

5. Bagai isi dengan kuku
Perhubungan yang sangat intim atau erat, tidak boleh dipisahkan

6.Seperti itik berebut tembok
Perbalahan kerana sebab yang kecil

7. Seperti itik mendapat air
Terlalu gembira mendapat sesuatu benda yang diidamkan

8. Seperti itik mendengar Guntur
Mengharap keuntungan yang belum tentu

9. Bagai itik pulang petang
Berjalan dalam keadaan berlenggang-lenggok dan perlahan.


Thursday, December 6, 2012

PERIBAHASA


1. Seperti halilintar membelah bumi
Keadaan bunyi yang sangat kuat

2. Bagai harimau beranak muda
Orang yang sangat garang

3. Bagai harimau lepas tangkap
Berani kerana terlampau marah

4. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang berkuasa atau berani tetapi tidak menunjukkan kelebihannya

5. Seperti helang menyongsang angin
Gagah berani apabila menentang musuh

6. Bagai hempedu letak di hati
Perhubungan seseorang yang sangat akrab

7. Seperti hujan jatuh ke pasir
Buat baik terhadap seseorang yang tidak tahu mengenang budi


Wednesday, December 5, 2012

PERIBAHASA - E/G


1. Seperti embun di atas daun.
Niat yang sering berubah-ubah

2. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Orang yang mengutamakan kepentingan diri daripada kepentingan
orang ramai.
3. Seperti gading dilarik
Rupa yang cantik

4. Bagai gagak menggonggong telur
Perempuan hodoh yang berpakaian cantik

5. Seperti gajah masuk kampung
Melakukan sesuatu dengan bebas kerana tidak akan dihukum

6. Seperti gajah putih ditambat
Orang yang merugikan kita kerana menanggung makan minumnya

7. Bagai gelegar buluh
Suka bercakap besar

8. Seperti gerup dengan sisir
Perihal pergaulan dua orang yang sangat mesra

9. Bagai guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.
Dihargai sewaktu berguna, dibuang apabila tidak digunakan

10. Seperti gunting makan di hujung
Kata-katanya tajam tetapi tidak terasa ketajamannya kerana bijak
menyusun kata-kata


Monday, December 3, 2012

SIMPULAN BAHASA


1. Bagai dakwat
Tidak pernah berpisah atau sangat rapat

2. Bagai denai gajah lalu
Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar

3. Seperti denak mencari lawan
Orang yang gagah berani

4.Bagai dihiris sembilu
Rasa sakit dan pedih

5. Umpama duduk di atas duri
Keadaan gelisah, risau dan tidak tenteram

6. Bagai dulang dengan tudung salji
Sesuatu yang berpadanan

7.Bagai duri dalam daging
Hal yang menyusahkan

8. Umpama durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa
Orang yang tidak berdaya