Wednesday, November 14, 2012

Kaedah Membaca: Kebaikan dan Keburukan


               Kebaikan dan Keburukan Kaedah Abjad

Kebaikan
Keburukan
-   kemahiran membaca diasaskan pada pengenalan huruf dan suku kata
-   setiap huruf atau lambang mewakili satu bunyi
-   tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid
-  murid-murid terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang lancar.
-  Memberi tumpuan kepada penyebutan huruf dan suku kata  bukan kepada maksud yang dibaca.

Kebaikan dan Keburukan kaedah Fonik
Kebaikan
Keburukan
-   sesuai dengan susuk bahasa Melayu yang bersifat fonemik
-   membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baru
-   memudah murid-murid menguasai kemahiran bacaan
-  bacaan murid tidak licin
-  tidak menarik hati kerana suku kata yang diajar tidak mempunyai makna
-  sukar untuk membunyi kan fonem diftong dan digraf

Kebaikan dan Keburukan Kaedah Pandang dan Sebut
Kebaikan
Keburukan
-   Perkataan yang diperkenal  bermakna.
-   Mereka memahami apa yang dibaca dan ini dapat mengelak mereka daripa bosan
-  murid-murid terdorong untuk membaca dengan mengeja satu demi satu perkataan menyebabkan bacaan kurang lancKemahiran mengenal lambing yang membentuk perkataan agak lambat.
-  Murid-murid membaca bukan berdasarlan perkataan tetapi berdasarkan gambar..

Tuesday, November 13, 2012

Puisi


HUJAN
Hujan
Turunlah kau
Kemarau ini
Sudah lama menjang kau

Hujan
Turunlah
Biar mata ini sama berpadu

Hujan
Siramlah kami
Biar nyalanya api
Kecundang layu


Monday, November 12, 2012

Marilah Kita Berpantun......



PANTUN BAHASA MELAYU
BERTUTURLAH DALAM BAHASAKU                                             

Burung tempua terbangnya rendah,
Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.                                             

  
Si dara ayu berbaju merah,
Kerongsong bertatah permata nilam,
Bahasa Melayu tercatat sejarah,                                        
Luas tersebar seluruh alam.

Cantiknya paras Puteri Salju,
Bersama nenda mencari lokan,
Jika negara ingin maju,
Bahasa ibunda jangan pinggirkan.

Si gadis ayu bergelar ratu,
Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.                                                         

Pulau Sendayu di atas peta,
Hendak dituju bersama teman,
Bahasa Melayu bahasa kita,                                        
Tetap gemilang zaman berzaman.

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelkatu di dalam paya,
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sunday, November 11, 2012

Kata Ganti Nama




Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua
dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 
Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan Contoh Ayat
Aku Merujuk kepada diri sendiri Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta Digunakan oleh kerabat diraja Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba Merujuk kepada diri sendiri "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya Merujuk diri sendiri Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

Kata Ganti Nama Diri Kedua Penggunaan Contoh Ayat
Anda Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak Merujuk diri orang kedua Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau Merujuk diri orang kedua Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu Merujuk diri orang kedua Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga Penggunaan Contoh Ayat
Beliau Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda Digunaan untuk kerabat diraja Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia Digunakan untuk diri orang ketiga Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka Bilangan orang lebih daripada seorang Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Friday, November 9, 2012

Pantun Nasihat


Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil di kutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak

Malang sedikit membekas berkesan 

Thursday, November 8, 2012

Contoh-contoh Karangan UPSR



     Aku ialah sepasang  . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .

     Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .

     Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik .

     Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu .

     Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku  itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

     Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya  walaupun warnaku sudah pudar .


          Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah.
          Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
          Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku  menangis terus mendekati dan bertanya  mengapa aku menangis.
          Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
          Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
          Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.

Wednesday, November 7, 2012

Tips Pelajar Cemerlang.



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

  1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
  2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin     sepanjang hayat.
  3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
  4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. \
  5. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
  6. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
  7.  Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
  8. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
  9. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
  10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan. 
  11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa. 
  12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang. 
  13.  Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif. 
  14.  Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
  15.  Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.